Sunday 5 March 2017

Kursus Kepimpinan Majlis Ketua Tingkatan.

Program seterusnya pada kursus kepimpinan Majlis Ketua Tingkatan yang dianggotai oleh Ketua Kelas dan penolong ketua kelas. Program ini dijalankan pada 11 Februari 2017. Kursus ini dijalankan sepenuhnya oleh Kaunselor, Guru Disiplin, Guru penasihat MKT dan PK HEM. Kursus bermula pukul 7.20 pagi dan tamat pada pukul 2 petang. MKT didedahkan kepada tanggungjawab sebagai ketua dan penolong ketua tingkatan dengan lebih terperinci dan pentingnya MKT dalam membantu menjadikan sekolah lebih baik dan murid yang berdisiplin.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

 Kursus kepimpinan pengawas telah diadakan pada 21 Januari 2017, Kursus itu dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Pengawas dengan nasihat , tunjuk ajar dan pemantauan dari guru kaunseling. Slot pertama yang bertajuk kemahiran komunikasi di sampaikan oleh En Hamshah b Noraini Penolong PPD B&K,Slot seterusnya disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Guru Disiplin dan Kaunselor sekolah. Program bermula 7.20 pagi dan berakhir pukul 5.30 petang.

Bicara Profesional ( bersama pensyarah dari Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur)

5 Januari 2017. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur telah mengadakan satu program yang dinamakan Bicara Profesional. Program ini memberi pendedahan kepada murid tingkatan 4 dan 5 seramai 300 orang tentang Fakulti Seni Bina , Perancangan dan Ukur.

Seramai 4 orang penceramah dari program Jabatan Senibina, Jabatan di wakili oleh En. Ahmad Faiz dan En Fadhlizil, Senibina Landskap diwakili oleh Puan Ruwaidah  dan Jabatan Ukur Bahan di wakili oleh En Abdul Muhaimin. Program bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 petang.

PROGRAM TITIAN MESRA TAHUN 2017

Pada 3 sehingga 6 Januari UBK SMK Seri Iskandar, telah menjalankan program minggu orentasi bagi murid tingkatan 1 dan tingkatan 4. Program itu diberi nama minggu Titian Mesra, Seramai lebih 400 orang murid mengikuti program itu.
Program Minggu Titian Mesra tingkatan 1 bertujuan untuk memperkenalkan kepada mereka tentang budaya pembelajaran, sahsiah dan disiplin di sekolah menengah, Mereka juga dibawa ke tempat- tempat penting disekitar sekolah seperti bilik guru, bilik kaunseling, tandas, makmal sains, kantin, pusat sumber, surau dan pejabat sekolah.
Program Minggu Titian Mesra tingkatan 4 pula bertujuan memperkenalkan matapelajaran di menengah atas dan budaya belajar di menengah atas. Mereka juga diberikan pendedahan tentang kerjaya selepas tingkatan 5 supaya mereka dapat merancang hala tuju bermula dari awal.
   

Thursday 29 September 2016

Program Kesenian Jalinan Mesra 2 Benua Peringkat Antarabangsa Tahun 2016


 Nama : Nor Zhafira Adlina binti Mohammad Mazani
 Kelas : 4KG1
 Jawatan : Pembimbing Rakan Sebaya

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera,

14 September 2016 : Saya telah di pilih menjadi peserta untuk  mewakili Malaysia dalam program ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPN kerana memilih kami (Perak Future Leader) untuk menyertai program ini. 14 orang yang terbaik dalam PFL telah dipilih kerana atas penghargaan daripada pihak JPN. Saya telah mendapat nombor 9 dalam PFL. Saya amat menghargai penghargaan yang diberikan oleh pihak JPN.

Program ini berlangsung selama 6 hari. Pada hari pertama , kami berkumpul di JPN pada pukul 8 pagi. Tentatif program telah diberikan di bilik mesyuarat. Selepas itu , pada jam 9 pagi , kami bertolak ke KLIA untuk menjemput kontigen dari Thailand , Indonesia , Romania , India dan Turki.
Pada pukul 3 , kami bertolak balik ke Ipoh . Saya dan kawan saya duduk di dalam bas Romania. Perasaan masa itu amat takut sebab duduk bersebelahan dengan orang romania. Lama kelamaan saya sudah biasa dengan mereka dan mereka sangat peramah. Pada pukul 9 malam , kami telah sampai ke Tower Regency Hotel , dan makan di sana. Kemudian kami masuk ke dalam dewan untuk tentatif program. Pada pukul 10.30 malam kami masuk ke dalam bilik masing-masing. Seronok apabila tidak pernah dalam hidup untuk duduk dalam bilik dua orang sahaja. Selalunya satu bilik mesti satu keluarga. Itu pengalaman yang seronok la kiranya.

15 September 2016 : Kami telah bertolak ke Bagan Dato untuk majlis perasmian. Kami di sambut dengan meriahnya . Ikon Belia iaitu Dato' Nurul Hidayah Zahid Hamidi. 5 negara telah membuat persembahan yang sungguh hebat di majlis perasmian tersebut. Kemudian , pada pukul 3 petang , kami bertolak ke daerah manjung. Kami telah menginap di Marina Island Resort. Pada malam tersebut kami bersiar di sekitar lumut.

16 September 2016 : Kami bersarapan dan berehat hingga pukul 10 pagi. Kami bertolak balik ke Ipoh untuk Hari Malaysia 2016 di stadium, Ipoh. Pada petangnya , kami pergi ke stadium untuk raptai . 3 artis yang saya jumpa semasa raptai iaitu Sufian Suhaimi , Aiman Tino dan Iqram Dinzly . Saya sangat teruja. Kemudian kami bersiap di Tower Regency untuk malam hari . Kami memakai baju tradisional pada malam itu. Sungguh meriah di malam hari dengan pelbagai persembahan dapat disaksikan.

17 September 2016 : Kami bertolak ke Kuala Kangsar dan melawat tempat tersebut. Kemudian , kami ke Gerik. Kami disambut dengan meriah di Kolej Vokasional . Kemudian pada malam hari , 5 negara membuat persembahan di Gerik.

18 September 2016 : Kami bertolak ke Taiping. Kemudiannya kami melawat Zoo Taiping. Kami diagihkan tugas untuk mengurus semua negara. Kemudian , kami menginap di Golf Resort Taiping. Kami bersiap untuk majlis di sekolah , Taiping. Kami berpakaian batik di malam hari.Sungguh meriah dengan pelbagai kesenian yang ditunjukkan dari Malaysia.

19 September 2016 : Kami bertolak ke Ipoh untuk majlis perasmian penutup di JKKN Perak. Pada pukul 12 tengahari majlis berlangsung dengan sempurna . Gimik majlis yang sangat kreatif dan kami naik ke pentas untuk menyanyi lagu We are the world. Sebelum kami balik , kami diberi baju untuk mendapat tandatangan semua orang dari 5 negara , saya juga mendapat cenderamata dari orang Turki dan Indonesia. Kami sangat seronok.



Akhir kata , saya berterima kasih kepada semua pihak , terutamanya pihak JPN, sekolah , Ibu bapa saya, guru-guru, kawan-kawan saya turut Unit Bimbingan Kaunseling yang telah ada di belakang saya sejak PFL lagi.

-tamat-


Saturday 20 August 2016

AGP SAMBUTAN HARI LAHIR

Sambutan Hari Lahir bulan Ogos telah dijalankan pada 3 hb Ogos 2016. Guru-guru Kemanusiaan mengambil giliran untuk mengendalikan sambutan kali ke 5 yang diketuai oleh Pn hjh Zaleha. Seramai 6 orang murid bertuah telah terpilih untuk sambutan kali ini iaitu :

     1. Muhammad Ikram b Mohd Basri        3B4
     2. Luwasainy a/p Balachanran                 2RK1
     3. Adam Iskandar b Azahar                      2B1
     4. Muhammad Affendi b Syamsuddin      2B4
     5. Adam Daniel b Mohd Yusri                  1B1
     6. Muhammad IIzzat b Mohd Nazri          1B4

Semoga murid-murid ini panjang umur, murah rezeki dan menjadi insan yang cemerlang.