Thursday 29 September 2016

Program Kesenian Jalinan Mesra 2 Benua Peringkat Antarabangsa Tahun 2016


 Nama : Nor Zhafira Adlina binti Mohammad Mazani
 Kelas : 4KG1
 Jawatan : Pembimbing Rakan Sebaya

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera,

14 September 2016 : Saya telah di pilih menjadi peserta untuk  mewakili Malaysia dalam program ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPN kerana memilih kami (Perak Future Leader) untuk menyertai program ini. 14 orang yang terbaik dalam PFL telah dipilih kerana atas penghargaan daripada pihak JPN. Saya telah mendapat nombor 9 dalam PFL. Saya amat menghargai penghargaan yang diberikan oleh pihak JPN.

Program ini berlangsung selama 6 hari. Pada hari pertama , kami berkumpul di JPN pada pukul 8 pagi. Tentatif program telah diberikan di bilik mesyuarat. Selepas itu , pada jam 9 pagi , kami bertolak ke KLIA untuk menjemput kontigen dari Thailand , Indonesia , Romania , India dan Turki.
Pada pukul 3 , kami bertolak balik ke Ipoh . Saya dan kawan saya duduk di dalam bas Romania. Perasaan masa itu amat takut sebab duduk bersebelahan dengan orang romania. Lama kelamaan saya sudah biasa dengan mereka dan mereka sangat peramah. Pada pukul 9 malam , kami telah sampai ke Tower Regency Hotel , dan makan di sana. Kemudian kami masuk ke dalam dewan untuk tentatif program. Pada pukul 10.30 malam kami masuk ke dalam bilik masing-masing. Seronok apabila tidak pernah dalam hidup untuk duduk dalam bilik dua orang sahaja. Selalunya satu bilik mesti satu keluarga. Itu pengalaman yang seronok la kiranya.

15 September 2016 : Kami telah bertolak ke Bagan Dato untuk majlis perasmian. Kami di sambut dengan meriahnya . Ikon Belia iaitu Dato' Nurul Hidayah Zahid Hamidi. 5 negara telah membuat persembahan yang sungguh hebat di majlis perasmian tersebut. Kemudian , pada pukul 3 petang , kami bertolak ke daerah manjung. Kami telah menginap di Marina Island Resort. Pada malam tersebut kami bersiar di sekitar lumut.

16 September 2016 : Kami bersarapan dan berehat hingga pukul 10 pagi. Kami bertolak balik ke Ipoh untuk Hari Malaysia 2016 di stadium, Ipoh. Pada petangnya , kami pergi ke stadium untuk raptai . 3 artis yang saya jumpa semasa raptai iaitu Sufian Suhaimi , Aiman Tino dan Iqram Dinzly . Saya sangat teruja. Kemudian kami bersiap di Tower Regency untuk malam hari . Kami memakai baju tradisional pada malam itu. Sungguh meriah di malam hari dengan pelbagai persembahan dapat disaksikan.

17 September 2016 : Kami bertolak ke Kuala Kangsar dan melawat tempat tersebut. Kemudian , kami ke Gerik. Kami disambut dengan meriah di Kolej Vokasional . Kemudian pada malam hari , 5 negara membuat persembahan di Gerik.

18 September 2016 : Kami bertolak ke Taiping. Kemudiannya kami melawat Zoo Taiping. Kami diagihkan tugas untuk mengurus semua negara. Kemudian , kami menginap di Golf Resort Taiping. Kami bersiap untuk majlis di sekolah , Taiping. Kami berpakaian batik di malam hari.Sungguh meriah dengan pelbagai kesenian yang ditunjukkan dari Malaysia.

19 September 2016 : Kami bertolak ke Ipoh untuk majlis perasmian penutup di JKKN Perak. Pada pukul 12 tengahari majlis berlangsung dengan sempurna . Gimik majlis yang sangat kreatif dan kami naik ke pentas untuk menyanyi lagu We are the world. Sebelum kami balik , kami diberi baju untuk mendapat tandatangan semua orang dari 5 negara , saya juga mendapat cenderamata dari orang Turki dan Indonesia. Kami sangat seronok.



Akhir kata , saya berterima kasih kepada semua pihak , terutamanya pihak JPN, sekolah , Ibu bapa saya, guru-guru, kawan-kawan saya turut Unit Bimbingan Kaunseling yang telah ada di belakang saya sejak PFL lagi.

-tamat-


Saturday 20 August 2016

AGP SAMBUTAN HARI LAHIR

Sambutan Hari Lahir bulan Ogos telah dijalankan pada 3 hb Ogos 2016. Guru-guru Kemanusiaan mengambil giliran untuk mengendalikan sambutan kali ke 5 yang diketuai oleh Pn hjh Zaleha. Seramai 6 orang murid bertuah telah terpilih untuk sambutan kali ini iaitu :

     1. Muhammad Ikram b Mohd Basri        3B4
     2. Luwasainy a/p Balachanran                 2RK1
     3. Adam Iskandar b Azahar                      2B1
     4. Muhammad Affendi b Syamsuddin      2B4
     5. Adam Daniel b Mohd Yusri                  1B1
     6. Muhammad IIzzat b Mohd Nazri          1B4

Semoga murid-murid ini panjang umur, murah rezeki dan menjadi insan yang cemerlang.

Thursday 18 August 2016

AGP PROGRAM MENTOR MENTEE 7

Add caption
Amalan Guru Penyayang, Program Mentor Mentee perjumpaan ke 7 telah diadakan pada 8 hb Ogos, 2016 (Isnin) bermula pukul 7.40 hingga 8.20. Program melibatkan semua guru dan murid-murid SMKSI berkisar pada topik perbincangan berkaitan kecenderungan minat belajar. Antara pengisian topik ini ialah konsep ilmu, konsep kenapa terus belajar dan sistem belajar 10s.

Apa yang diharapkan semoga mentee menyedari kepentingan ilmu untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Diharapkan juga perhubungan antara mentor dan mentee terjalin lebih baik lagi.

Wednesday 17 August 2016

PROGRAM KEINDAHAN BERSAMAMU

Program Keindahan Bersamamu dengan kerjasama Ikram Team Perak Tengah & Manjung telah diadakan pada 6 & 7 hb Ogos 2016. Program selama 2 hari 1 malam ini dijalankann di perkarangan sekolah melibatkan semua murid Tingkatan 5 sesi 2016. Program dimulakan dengan slot "Knowing You Knowing Me, Akrab Persahabata, Titian Kejayaan dan Meniti Angin Malam. Program disambung semula pada hari nke 2 dengan Kini & Hijrah, Ku Sayang Ayah dan Ibu dan diakhiri dengan sesi bersama ibubapa "Menyemai Kasih Menuai. Semoga program ini dapat menyuntik semangat yang tinggi kepada murid-murid Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.

Sunday 24 July 2016

AGP MERAIKAN KEHADIRAN MURID

Program Meraikan Kehadiran Murid dibawah Amalan Guru Penyayang minggu ke 27 . Bermula pukul 7.00 pagi Encik Mohd Amin dan Puan Hajah Latifah bt Mohd Tahir berada di pintu pagar sekolah memulakan tugas menyambut kehadiran murid . Senyuman sentiasa meniti dibibir, menyapa murid penuh mesra dan tangan dihulur erat bersalaman .  Amalan 3S itu (Senyum, Sapa dan Salam) diguna pakai semasa menyambut kehadiran murid.  Bagi Puan Hajah Latifah tugas meraikan kehadiran murid ini adalah satu kenangan manis semasa berkhidmat di SMK Seri Iskandar dan mungkin untuk kali terakhir sebelum beliau bersara.

JAMUAN AIDIL FITRI PRS 2016

Jamuan Aidil Fitri telah diadakan pada Jumaat 22 hb Julai 2016 bermula pukul 2.30 ptg hingga pukul 5.30 ptg bertempat di Chillex Concept Cafe, Seri Iskandar. Turut hadir dijamuan tersebut ialah En Hamshah b Noraini (Pen PPD B&K, PPD Perak Tengah), En Abu Hamid b Meri (PK Pentadbiran, SMK Seri Iskandar) dan En Halim b Hassan (PK HEM, SMK Seri Iskandar).
Program ini telah dikendalikan oleh PRS Ting 4 dengan bimbingan padu dari PRS Ting 5.

Program ini dirancang agar dapat memberikan ruang dan peluang untuk PRS Ting 4 mengendalikan program. Selain daripada itu diharapkan progrm ini dapat menjalinkan hubungan dengan erat dikalangan ahli PRS , kaunselor serta pengurusan sekolah. Tahniah kepada semua PRS SMK Seri Iskandar atas kejayaan mengendalikan program ini.







Wednesday 20 July 2016

AGP SAMBUTAN HARI LAHIR KE 4

Program Sambutan Hari Lahir ke 4 telah dijalankan pada 21 hb Julai 2016 pada pukul 7.20 pg hingga 7.40 pg. Sambutan Hari Lahir dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru bidang sains yang diketuai oleh Tn Hj Syed Muhamad b. Syed Abu Bakar  (Guru kanan Sains). Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan doa, potong kek dan sagu hati kepada murid-murid . Murid yang terpilih untuk diraikan ialah :

1. Anisa A/L Pandak Lan ( 4KG3)
2. Rasmin A/L Simmi (2B3)
3. Siti Shakinah bt Ahmad (3RK1)
4. Nor Aminah Amira bt Sulaiman (3B1)
5. Siti Nut Zulaikha bt Shahidan (1B1)
6. Muhd Fadli b Zuraini (1B2)

Tahniah dan terima kasih atas usaha guru-guru bidang sains menjayakan program Hari Lahir.


Tuesday 19 July 2016

PROGRAM PECUTAN OPTIMA PT 3

Program tersebut telah adakan pada 16 hb Julai 2016 bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.00 tgh. Seramai 172 orang murid terlibat dalam program tersebut. Program dikendalikan sepenuhnya oleh En. Mohd Zaid b Abu Othman, Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, SMK Bukit Mercu, Kuala Kangsar Perak.



Peringkat pertama program, pengisian difokuskan kepada motivasi diri murid-murid kelas peperiksaan. Antara aspek yang disentuh meliputi kepentingan moticasi pada insan, kenapa manusia tiada motivasi, perubahan sikap dan kuasa potensi minda

Peringkat 2 program berfokus kepada kemahiran belajar seperti kemahiraqn membaca, kemahiran menyemak, kemahiran mengingat dan strategi menghadapi peperiksaan.

Semoga program yang dirancang ini dapat membantu murid-murid Tingkatan 3 untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma. SEMOGA BERJAYA

PERAK FUTURE LEADERS

    Pada tarikh 13-16 Julai 2016 , saya Nor Zhafira Adlina Binti Mohammad Mazani , PRS SMK SERI ISKANDAR telah mewakili Daerah Perak Tengah untuk menyertai Program Perak Future Leaders yang telah dianjurkan oleh JPN Perak . Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan . Pada mulanya , Ketua Ko telah membuat taklimat mengenai program 4 hari 3 malam ini dan kami dibahagi kepada 6 kumpulan . Saya telah mendapat kumpulan ke-3 daripada 6 kumpulan. Saya begitu seronok berjumpa dengan kawan baru di dalam kumpulan saya iaitu Azlin , Nisha , Aaron , Suresh , Shartish , Calvin , Azizi , Aidil dan Au . Kami ditugaskan untuk mencari puzzle yang dimana puzzle tersebut perlu di cari di kawasan letak parking kereta di bangunan yang berada di Lumut . Kemudian kami telah membuat logo dan slogan yang berbentuk 10 tangan bersatu dan slogan kami "We Are One" dan kemudian kami perlu membuat sorakan di khalayak ramai, ramai pelancong di situ merakan dan menangkap gambar kami . Setelah selesai , kami pergi ke Jeti untuk menunggu feri yang akan tiba .

       Apabila kami sampai ke Pulau Pangkor , kami diberi tugasan yang ke 3 iaitu menolong rakyat sekeliling seperti menolong membasuh pinggan di gerai makan,menyapu sampah dan membersihkan kedai cenderamata. Kami berjaya menyelesaikan tugasan dan mendapat tempat pertama yang menyelesai kan tugasan tersebut . Begitu juga seterusnya.

       Pada hari kedua , kami ditugaskan untuk aktiviti aras tinggi dan aktiviti individu dimana perlu menggunakan kompas untuk mencari tempat yang perlu di tuju . Pada petangnya pula saya pergi berkayak dan belajar bagaimana untuk terapung diatas air. Kami berkayak di tengah laut , pada mulanya saya agak gementar dan takut jatuh didalam air yang sangat dalam , dan akhirnya berasa seronok , dan kami berkayak 2 jam untuk sampai ke destinasi. Apabila sudah sampai ke Pulau , kami semua berkhemah di situ. Kami di arahkan untuk masak masakan sendiri dan kami berjaya masak ikan pedas , sayur campur,telur dadar dan nasi.

      Hari yang ke-3 kami semua pulang ke tempat asal kami di Pusat Kokurikulum dengan melalui hutan simpanan Pangkor. Apabila sudah sampai ke tempat asal , kami berehat dan makan tengahari. Pada petangnya kami membuat persiapan untuk malam gala. Saya dengan beraninya mengangkat tangan untuk menjadi pengacara pada malam gala tersebut. Saya begitu seronok dan saya mengajar mereka tepuk tepuk dalam Pengakap . Mereka sungguh terhibur dan tidak bosan .

      Pada keesokkan paginya kami membuat raptai untuk majlis penutup. Majlis penutupan pada pukul 10 pagi berjalan dengan lancarnya yang dimana  Pengarah Pendidikan Negeri Perak telah menghadiri dan membuat penutupan rasmi Program Future Leaders , akhirnya sesi bergambar dengan rakan rakan dan fasi fasi dan kemudian kami bersurai di Jeti Lumut. Saya berharap agar aktiviti sebegini dapat dilakukan di sekolah sekolah untuk membentuk kenyakinan diri dan mencerminkan diri dengan menjadi seorang pemimpin masa depan di negara kita. Sekian , terima kasih.

Dicacat Oleh :

NOR ZHAFIRA ADLINA BINTI MOHAMMAD MAZANI

Sunday 10 July 2016

AGP PROGRAM MENTOR MENTEE

Program Mentor Mentee ke 6
Tarikh  :  11 .7 . 2016
Masa    :  7.40 pg hingga 8.20 pg
Topik   :   Cinta Di Waktu Sekolah.
Pengisian :

i.   Definisi Cinta
ii.  Cinta Mengikut Pandangan Islam
iii. Punca Cinta di Sekolah,
iv.  Mengapa Cinta di Waktu Sekolah Tidak Sesuai,
v.   Kesan-Kesan Negetif Bercinta Waktu ekolah,
vi.  Cinta Yang Perlu di Serap Semasa Sekolah
vii. Kesimpulan



Semoga Mentor dapat berkongsi pengisian dengan mMentee berkaitan isu remaja ini seterusnya dapat membimbing mentee untuk memastikan mentee tidak terjebak dengan isu cinta di waaktu sekolah

Wednesday 29 June 2016

Meraikan Kehadiran Murid

Program ini dijalankan pada setiap pagi, murid diraikan semasa mereka hadir ke sekolah. Program bermula pukul 7.00 pagi sehingga pukul 7.20 pagi. Murid disambut dengan 3S iaitu senyum, sapa dan salam.




Sambutan Hari Lahir

Program Sambutan Hari Lahir di bawah Artikel 2 -CRC : Kanak-kanak mempunyai hak dari sebarang deskriminasi. . Program ini dijalankan lima kali setahun. Program ini telah dilaksanakan pada 4 Januari 2016, 18 Februari 2016, 7. April 2016 dan 16 Jun 2016. Program ini telah dipertangungjawabkan kepada semua ketua bidang serta Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pendidikan Khas.  Sambutan hari lahir yang pertama dikendalikan pihak Pengurusan Sekolah, kemudian kali kedua  oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pendidikan Khas. Sambutan kali ketiga dikendalikan oleh bidang bahasa, seterusnya bidang kemanusiaan.

Motivasi 2 Jelajah Motivasi GPMS -

Program motivasi 2 telah diadakan dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah diadakan pada tanggal 28 April 2016 bertempat di Dewan terbuka blok D SMK Seri Iskandar. Peserta terdiri dari murid tingkatan 3 dan 5 seramai 432 orang.  Ini adalah kali kedua pihak GPMS membantu sekolah dalam memberikan motivasi kepada murid yang hendak menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Skuad Motivasi GPMS kerana memasukkan SMK Seri Iskandar dalam program Jelajah Motivasi GPMS.

Program Kepimpinan 1 -Kepemimpinan Pengawas, MKT, PSS dan SPBT

Program Kepemimpinan Pengawas, Majlis Ketua Tingkatan, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas SBPT ini telah diadakan pada 27 Januari 2016 (Rabu) telah dikendalikan dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling dan PRS tingkatan 5 sebagai fasilitator. Kursus ini disertai seramai 159 pemimpin murid dari tingkatan satu dan tingkatan empat. Kerjasama yang baik dari pihak Institut Kemahiran Belia Negara dengan pihak sekolah telah membolehkan kursus ini dibuat di Dewan IKBN Seri Iskandar.

Program Kepimpinan 2- Program PRS Bongsu

Artikel CRC - Artikel 17 memastikan kanak-kanak mendapat akses maklumat dari pelbagai sumber untuk menyebarkan yang mempunyai faedah sosial dan kebudayaan
Tempat : D Hotel Seri Iskandar
Tarikh   : 24 Mei 2016
Masa     : 7.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Penglibatan :  15 PRS tingkatan 4 dan 5 (Fasilitator)
                       40 PRS tingkatan 2 dan 3 ( Peserta)
Dengan tamatnya kursus ini bermakna semua PRS SMK Seri Iskandar telah mempunyai sijil tahap bongsu dan sijil tahap muda.

s

Program Kepimpinan 3 - PRS Tahap Muda

Artikel CRC - Artikel 17 memastikan kanak-kanak mendapat akses maklumat dari pelbagai sumber untuk menyebarkan yang mempunyai faedah sosial dan kebudayaan
Tempat : Pulares Batu Gajah
Tarikh   :   15 dan 16 April 2016
Penglibatan : PRS tingkatan 4(Peserta ) 30 orang dan 5 (Fasilitator) 10 orang.

PRS tingkatan 5 menjadi fasilitator kepada PRS tingkatan 4. Dengan adanya kursus ini semua murid tingkatan 4 dan 5 telah mempunyai sijil tahap muda. Kursus ini dijayakan dan diterajui oleh UBK dan PRS SMK Seri Iskandar turut dihadiri PRS dari SMK Lambor Kiri, SMK Sultan Muhamad, SMKA Sultan Azlan Shah dan SMK Iskandar Shah sebagai peserta jemputan. Kursus ini mendapat kerjasama dari PPD Perak Tengah. Perasmian penutup dirasmikan oleh Tuan Timbalan PPD Encik Ahmad Zakuan bin Mohd Radzi



Program Outreach Kerjaya

Program Bersama Profesional dari UiTM dan UTP
1. Dr Sia Chee Wee
2. Dr. Salwa bt Ayob
3. Dr. Atikah Fukaihah Amir
4. En. Samsul Arifin Abdul Karim
5. Pn. Nor Zarina Mohd Salim
6. Dr. Nur Azfahani Ahmad
7. En. Mohd Saleh Abdul Wahab
8. Pn. Nooriha bt Mansor

Artikel CRC - Artikel 17 memastikan kanak-kanak mendapat akses maklumat dari pelbagai sumber untuk menyebarkan yang mempunyai faedah sosial dan kebudayaan
Tarikh: 5,6,7 Januari 2016
Peserta : Murid tingkatan 4 dan 5.
Tempat : Dewan Terbuka blok D

Program Super Student Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 telah dijalankan pada 2 hb April 2016 bertempat di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bermula pukul 8.00 pg hingga 1.00 tgh. Program ini melibatkan semua murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. 

Personalia yang dijemput untuk megendalikan program ini ialah Dr Hj. Ridzuan b Mohd Sagir yang merupakan pengamal NLP dan Hynotherapy yang bertauliah. Dia memiliki ijazah kedoktoran (DBA) Southern Cross University, Australia, sarjana (MBA) dari University of Wales, Cardiff, United Kingdom dan sarjanamuda (BBA) dari Eastern Michigan University, USA. 

Program dijalankan mengikut dua sesi iaitu :

Sesi 1: Menganalisis Diri & Menyerlahkan Potensi Diri
Icebreaking; Taklimat & Prasyarat
Anda Berada Di Mana?
Menilai Potensi, Kelemahan & Kekuatan Diri
Aktiviti: Mengenal Diri
Aktiviti: Lakaran Personaliti Anda
Aktiviti: Personaliti berdasarkan VAK & Kaedah Pembelajaran



Sesi 2: Motivasi Belajar 
Membentuk Matlamat Diri Mencari Keseronokan Belajar 
Pembelajaran Sebagai Ibadat 
Aktiviti: Pelajar Pintar 
Kemahiran, Pengetahuan & Sikap Kuasa Minda Bawah Sedar:




Sunday 12 June 2016

AGP PROGRAM MENTOR MENTEE (ATHAM)

Murid mula duduk dalam bulatan
Program Mentor Mentee di Medan Perhimpunan

18 Januari 2016, Program Mentor Mentee kali pertama di bawah Amalan Guru Penyayang telah diadakan. Program mentor mentee yang dirancang untuk tahun ini adalah sebanyak sembilan kali. Semua murid tingkatan 1 hingga 5 terlibat sebagai mentee dan semua guru dan barisan pentadbir telah terlibat sebagai mentor. Tajuk yang dibincangkan adalah berkaitan dengan strok haba bersesuaian     dengan cuaca panas yang melampau pada masa itu. Program bermula pukul 7.20 pagi dan tamat pada pukul 8.20 pagi



















AMALAN GURU PENYAYANG (ATHAM)


KERTAS CADANGAN
PROGRAM MENTOR MENTEE
SMK SERI ISKANDAR, PERAK DARUL RIDZUAN
SESI 2016
  
1.0            PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat . Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
  
2.0            KONSEP

Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.

3.0            RASIONAL

3.1      Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan mentor.
3.2       Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan

4.0            OBJEKTIF

Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

4.1       Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara 
            mentor dan mentee.
4.2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
4.3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari 
            mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka
   
5.0       KUMPULAN SASARAN.
          
Semua guru-guru SMK Seri Iskandar sesi 2016
Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 SMK Seri Iskandar sesi 2016


6.0       ARTIKAL CRC

Perkara 28 :   Hak Terhadap Pendidika
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan , dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama wajib dan percuma

Perkara 29 :   Matlamat Pendidikan
Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembang personality, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi paling tinggi

  
7.0       AHLI JAWATANKUASa INDUK DAN PELAKSANA
PROGRAM MENTOR MENTEE

Pengerusi                   
Pn Mashitah bt Ismail AMN
Pengetua, SMK Seri Iskandar

Timb. Pengerusi         
En Halim b Hassan
PK. HEM, SMK Seri Iskandar

Naib Pengerusi I
En Abu Hamid b Meri
PK Pentadbiran, SMK Seri Iskandar

            Naib Pengerusi II
            Tn Hj Ikram b Zulkafali
            PK Kokurikulum MK Seri Iskandar

            Naib Pengerusi III      
            Pn Azizan bt Soib
            Penidikan Khas, SMK Seri Iskandar

            Setiausaha                   
            Khairuddin b. Hj. Sabran KB;PA
            Pen Setiausaha           
           Tn Hj Baharuddin b Ariffin KB;PA
            Bendahari                   
            Pn Hjh Normah bt Mukhtar KB;PA
                       
Ahli Jawatankuasa      
Pn Hjh Noor Asiah bt Ismail                       
Tn Syed Muhamad b Syed Abu Bakar                                             
Pn Zaleha bt Aman                                                                  
Pn Aminah bt Sastro                                                       
Pn Hjh Rohayati bt Abd Ran
Pn Syarifah Puziah bt Syed Naseri
Pn Rohaizah bt Abdullah
Pn Tajunijah bt AMS Aboo Backer
Pn Hjh Norhayati bt Harun
Pn Rokiah bt Mat Nusi


8.0     JADUAL PERJUMPAAN MENTOR MENTEE
                       
        

BIL


TARIKH

AKTIVITI
1
18.01.16
Isu Semasa
Pembangunan Sahsiah Diri Murid
2
22.02.16
Isu Semasa
Peningkatan Disiplin Murid
3
28.03.16
Isu semasa
Psikososial dan Kesejahteraan Mental
4
11.04.16
Isu Semasa
Perkembangan Kerjaya
5
13.06.16
Isu Semasa
Pembangunan Sahsiah Diri Murid
6
11.07.16
Isu Semasa
Peningkatan Disiplin Murid
7
08.08.16
Isu Semasa
Psikososial dan Kesejahteraan Mental
8
19.09.16
Isu Semasa
Perkembangan Kerjaya
9
17.10.16
Isu Semasa
Pembangunan Sahsiah Diri Murid


             * Masa perjumpaan 7.40 pg hingga 8.20 pg         
* Jadual tertakluk kepada perubahan
* Isu semasa yang diperkatakan oleh masyarakat Malaysia

           
 9.0     SENARAI NAMA MENTOR DAN MENTEE

BIL
MENTOR
1.
Pn Mashitah bt Ismail AMN
2.
En Abu Hamid b Meri
3
En Halim b Hassan
4
Tn Hj Ikram b Zulkafali
5.
Pn Azizan bt Soib
6
Tn Hj Baharuddin b Ariffin
7
Pn Hjh Normah bt Mukhtar
8
Khairuddin Hj Sabran
9
Pn Halimatun Saadiah bt Jap
10
Pn Adillah bt Baharuddin


            
Menjadi mentor kepada guru-guru yang bertugas diluar sekolah dan bercuti 
  
BIL
MENTEE
MENTOR
1
1RK1
Pn Rohezam bt Selamat
Ustazah Aminah Ibrahim
2
1RK2
Pn Pn Hjh Salina bt Kassim
Pn Malina bt Mat Desa
3
1B1
En Shahrun b Alias
Pn Zuraidah Othman
4
1B2
Pn Naziha bt Mohd Nor
Cik Rogayah bt Mohd Zaudi
5
1B3
Pn Laila bt Seraof
Mohd Mazani b Mohamad Bedordin
6
1B4
Pn Nor Farah Hayati bt Abu Mangshor
Pn Noorshafida bt Ibrahim
7
1B5
Tn Hj Ahmad Tarmizi bt Mophd Noh
Pn Syarifah Puziah bt Syed Nazari



8
2RK1
Pn Rokiah bt Mat Nusi
En Abdul Aziz b Abdul Rahman
9
2RK2
Pn Rose Anida bt Abdullah
Pn Siti Fatimah Zunairah bt Abdul Azizi
10
2B1
Ustazah Suhaila bt Siraj
Pn Hjh Latifah bt Mohd Tahir
11
2B2
En Nor Azaruddin b Hussin
Pn Nor Naziah bt Omar
12
2B3
Pn Mahiran bt Idris
Pn Norlida bt Zabidin
13
2B4
Pn Rohana bt Kamaruddin
Pn Nurul Rofishah br Mohd Saad
14
2B5
Pn Haslina bt Yaacob
Pn Shazlin bt Shaharuddin



15
3RK1
Ustazah Nor Hasmiza bt Mohd Zain
Pn Azila Azura bt Aliasa
16
3RK2
Pn Syarifah Hanizan Fitri bt Syed Abdullah
Pn Raja Azila bt Raja Zainun
17
3B1
Pn Norhayati bt Shaari
Pn Fazhihah bt Mohamad Yusop
18
3B2
Pn Teh Ramlah bt Abu Bakar
Pn Hasnida Hanim b Abd Rahman
19
3B3
Pn Noor Mastira bt Yahya
Pn Hjh Norlia bt Zamzuri
20
3B4
Pn Fadzidah bt Junaid
En Mohd Affendi b Abd Mukti
21
3B5
Pn Hjh Wan Rohana bt Wan Omar
En Azizul b Mohd Jabar



22
4SB
Pn Nurul Hawa bt Mohd Zalkornain
Pn Hjh Norhayati bt Harun
23
4ST
En Hazrin b Ahmad
En Mohd Faizul Azri b Zainal Abidin
24
4KG1
Tn Hj Othman b Yaacob
Pn Tajunijah bt AMS Aboo Backer
25
4KG2
Pn Marini bt Mohamed Raif
En Arifuddin b Mohamad
26
4KG3
Pn Fadillah bt Abd Gaafar
Pn Azilawati bt Ayob
27
4VC1
Ustazah Naimah bt Ibrahim
Pn Rosni bt Ghazali
28
4VC2
Ustazah Rohaizah btAbdullah
Pn Hjh Rohayati bt Abdul Rani



29
5SB
En Nazri b Zainon
Pn Hjh Noor Asiah bt Ismail
30
5ST
Pn Kamsina bt Mohd Razali
Tn Syed Muhamad b Syed Abu Bakar
31
5KG1
Pn Hjh Nor’aini bt Kamaruddin
Pn Hjh Zaleha bt Ahmad
32
5KG2
Pn Asmaritabt Mohamad
Pn Aminah bt Sastro
33
5KG3
Pn suziriati bt awang
En Mohd Suhaimi b Mohd Zain
34
5VC1
Ustazah Nor Hasnidar bt Abdul Rahim
Tn Hj Awaluddin b Bakri
35
5VC2
Pn Azlin Mastura bt Ismail
Tn Hj Mohd Nizar B Abdul Jabbar



38
PK A
Pn Zuita Hazwina bt Mohd Hasim
37
PK B
Pn Norhayati bt Razali
38
PK C
Pn Junaida bt Abd Rahman
39
PK D
Pn Suria bt Said
40
PK A1
Pn Sukarwati bt Mohamad




10.0     PENUTUP

Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.