Thursday 2 June 2016

Ceramah Bahaya Merokok dan Perokok Pasif

Pada 26 Mei 2016, pihak UBK telah menjemput Tn Hj Mohd Noor Azman bin Yaakob, Pegawai Perubatan Kanan yang mewakili Pejabat Kesihatan Daerah Seri Iskandar untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Bahaya Merokok dan Perokok Pasif. Pada peringkat awalnya beliau telah menyampaikan ceramah mengenai apakah dadah dan bahaya penyalahgunaan dadah. Kemudian beliau mula menyampaikan ceramah tentang bahaya merokok dan akhirnya mengenai apakah perokok pasif. Perokok pasif adalah orang yang tidak merokok tetapi berada dipersekitaran orang yang merokok. Kesihatan perokok pasif adalah lebih bahaya daripada perokok sebenar. Sasaran ceramah ini adalah murid tingkatan 2 kerana mereka adalah golongan yang paling senang terpengaruh oleh perkara yang positif atau negatif. Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) telah dapat dipraktikkan di sini.  Murid - murid dapat diberi pendidikan tentang bahaya penyalahgunaan dadah seperti artikel 19 dan artikel 28 konvenseyen hak kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment