Thursday 2 June 2016

Kursus PRS Tahap Bongsu

24 Mei 2016 telah diadakan kursus PRS tahap bongsu bertempat di Dewan Orkid 4, D Hotel Seri Iskandar. Peserta kursus terdiri dari 40 orang murid tingkatan 2 dan 3, manakala fasilitator terdiri dari 10 orang PRS tingkatan 4 dan 6 orang PRS tingkatan 5. Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Dengan adanya kursus ini semua PRS SMK Seri Iskandar telah mempunyai sijil bongsu dan muda.  PRS tingkatan 4 dan 5 layak untuk kursus tahap Sulong.  Guru pembimbing adalah Cr Hjh Normah , Cr Hj Baharuddin dan Cr Hj Khairuddin. Diharap dengan segala ilmu yang diberi dapat meningkat dan menaikkan martabat PRS SMK Seri Iskandar. Nilai ATHAM ,(Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia ) telah dipraktikkan semasa kursus ini dijalankan, iaitu hak memberikan pendapat ,hak bersuara dan hak untuk mendapatkan pendidikan.

No comments:

Post a Comment