Sunday 5 June 2016

Pameran Moh Nolong Sekolah (MNoS)

28 Mei 2016, seramai 6 orang PRS SMK Seri Iskandar telah menarik perhatian hadirin program MNoS dengan membantu pihak Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Perak Tengah membuat pameran tentang aktiviti MGKK. Mereka ialah PRS Zulkhairunisa, PRS Azrin, PRS Shazwan, PRS Alif, PRS Ashraf dan PRS Zhafira. Kesediaan mereka membantu pihak MGKK bukan sahaja menaikkan nama PRS SMK Seri Iskandar tetapi juga mengharumkan nama SMK Seri Iskandar khasnya. Pameran itu disertai pelbagai agensi dan sekolah di kawasan Perak Tengah. Program itu bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari. 

No comments:

Post a Comment