Saturday 20 August 2016

AGP SAMBUTAN HARI LAHIR

Sambutan Hari Lahir bulan Ogos telah dijalankan pada 3 hb Ogos 2016. Guru-guru Kemanusiaan mengambil giliran untuk mengendalikan sambutan kali ke 5 yang diketuai oleh Pn hjh Zaleha. Seramai 6 orang murid bertuah telah terpilih untuk sambutan kali ini iaitu :

     1. Muhammad Ikram b Mohd Basri        3B4
     2. Luwasainy a/p Balachanran                 2RK1
     3. Adam Iskandar b Azahar                      2B1
     4. Muhammad Affendi b Syamsuddin      2B4
     5. Adam Daniel b Mohd Yusri                  1B1
     6. Muhammad IIzzat b Mohd Nazri          1B4

Semoga murid-murid ini panjang umur, murah rezeki dan menjadi insan yang cemerlang.

Thursday 18 August 2016

AGP PROGRAM MENTOR MENTEE 7

Add caption
Amalan Guru Penyayang, Program Mentor Mentee perjumpaan ke 7 telah diadakan pada 8 hb Ogos, 2016 (Isnin) bermula pukul 7.40 hingga 8.20. Program melibatkan semua guru dan murid-murid SMKSI berkisar pada topik perbincangan berkaitan kecenderungan minat belajar. Antara pengisian topik ini ialah konsep ilmu, konsep kenapa terus belajar dan sistem belajar 10s.

Apa yang diharapkan semoga mentee menyedari kepentingan ilmu untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Diharapkan juga perhubungan antara mentor dan mentee terjalin lebih baik lagi.

Wednesday 17 August 2016

PROGRAM KEINDAHAN BERSAMAMU

Program Keindahan Bersamamu dengan kerjasama Ikram Team Perak Tengah & Manjung telah diadakan pada 6 & 7 hb Ogos 2016. Program selama 2 hari 1 malam ini dijalankann di perkarangan sekolah melibatkan semua murid Tingkatan 5 sesi 2016. Program dimulakan dengan slot "Knowing You Knowing Me, Akrab Persahabata, Titian Kejayaan dan Meniti Angin Malam. Program disambung semula pada hari nke 2 dengan Kini & Hijrah, Ku Sayang Ayah dan Ibu dan diakhiri dengan sesi bersama ibubapa "Menyemai Kasih Menuai. Semoga program ini dapat menyuntik semangat yang tinggi kepada murid-murid Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.